Mike Tyson Sanggup Bayar RM40,865 Untuk Bertarung Dengan Gorila

Trending

Mike Tyson Sanggup Bayar RM40,865 Untuk Bertarung Dengan Gorila

Walaupun Juara Heavyweight dunia, Mike Tyson dikenali sebagai lawan yang garang apabila berada di gelanggang, namun dia juga seorang yang cintakan haiwan.

tyson

Advertisement

Malah, dia turut membela beberapa jenis haiwan seperti harimau. Bercerita mengenai haiwan, baru-baru ini Tyson mendedahkan dia pernah terfikir untuk berlawan dengan seekor gorila.

Mengimbas kembali peristiwa yang berlaku pada 1980-an, menurut Tyson ketika itu dia dan bekas isterinya Robin Givens diberi akses eksklusif ke Zoo New York.

tyson

Sewaktu berada di situ, Tyson menawarkan AS$10,000 (RM40,865) kepada penjaga zoo agar membenarkan dia berlawan dengan seekor gorila jantan ataupun  ‘silverback’.

“Sewaktu kami ke kandang gorila, saya nampak seekor gorila besar yang membuli kawan-kawannya.

“Dia kelihatan begitu gagah, saya tawarkan RM40,865 kepada penjaga zoo supaya buka kandang untuk saya berlawan dengan haiwan itu. Namun, dia menolak tawaran saya itu,” ceritanya.

Tidak tahulah apa yang akan terjadi kalau niat Tyson itu direstui oleh penjaga zoo tersebut.

Sumber Berita: Unilad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...