Miera Liyana Ingin Jadi Peguam, Rahsiakan Keputusan SPM

Hiburan

Miera Liyana Ingin Jadi Peguam, Rahsiakan Keputusan SPM

keputusan spm miera liyana

Mati-mati Abang Nara ingatkan artis paling popular abad ini si Miera Liyana nie dah berumur 20 tahun lebih. Rupa-rupanya baru amik keputusan SPM hari ini. Patutlah tak boleh berfikir dengan matang lagi. Budak-budak lagi rupanya. Nampak sangat kematangan dalam pemikiran agak tiada terutama ketika menjawap soalan bab baju seksi dia hari tue.

Advertisement

Menurut GUA, Miera Liyana sangat-sangat berpuas hati dengan keputusan SPMnya walaupun tak banyak studi. Tapi yang kelakarnya, Miera Liyana tak mahu keputusannya digembar-gemburkan. Katanya banyak jugak A yang diterima. Kalau banyak A buat apa nak malu-malu dik Miera. Kongsikan je lah. Buat kami semua bangga dengan kepandaian artis Malaysia.

Kalau anda nak ambil SPM tahun ini, sila ikuti rahsia kejayaan Miera Liyana di bawah.

Mungkin, antara kunci kejayaan saya adalah pembahagian masa di antara pelajaran juga kerjaya dalam bidang seni. Keluarga saya juga menjadi pendorong kejayaan ini dengan memberi sokongan dan mereka bersyukur dengan keputusan yang diterima

Dan untuk makluman, cita-cita Miera Liyana ialah ingin menjadi seorang peguam. Satu cita-cita yang murni dan sangat bersesuaian dengan diri Miera Liyana. Semoga cepat-cepat belajar menjadi peguam dan dapat menjawap soalan daripada wartawan-wartawan dengan lebih bernas. Jangan sibuk berlakon sampai terlupa cita-cita sudah la ye.

Apa pun tahniah kepada semua pelajar yang mengambil keputusan SPM hari ini. Teringat kenangan 11 tahun yang dulu ketika Abang Nara form 5. Cepat sungguh masa berlalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...