Pasti ramai jejaka-jejaka di luar sana melompat kegirangan membaca berita ini. Mana tidaknya, Miera Liyana yang “super hot” telah pun mengesahkan berita perpisahannya dengan Shah Jaszle atau nama barunya Shahrizal. Mereka berdua tidak bercinta lagi.
Berkata kepada portal Murai, Miera Liyana berkata cinta mereka putus kerana kehadiran orang ketiga. Kata Miera Liyana:-
Memang hubungan cinta kami telah berakhir disebabkan kehadiran orang ketiga. Segala keputusan dibuat berdasarkan bukti yang saya simpan dan bukan senang untuk dia memperbodohkan saya. Jika kesilapan yang dilakukan pertama kali bolehlah dianggap tidak sengaja, namun sekiranya berlaku berkali-kali itu namanya pilihannya sendiri.Bagi saya dalam sesebuah hubungan, kejujuran itu penting dan sekiranya kejujuran itu telah dikhianati, tidak ke mana cinta tersebut
Apabila ditanya tentang pembantu peribadi Shah Jaszle yang dikatakan menjadi punca kerenggangan hubungan mereka, Miera Liyana berkata:-
Saya lebih mengenali Shahz daripada pembantu peribadinya. Jadi tidak timbul saya dihasut dan sebagainya. Saya bukan jenis yang suka terburu-buru dan bertindak tidak tentu hala. Saya bertindak selepas ada bukti dan mempercayai sesebuah cerita itu berdasarkan bukti sendiri.
Buat masa ini Miera Liyana tidak menolak sekiranya hubungan cinta mereka akan bertaut kembali. Kalau anda tak mahu mereka bercinta, apa lagi, silalah cucuk line hari ini jugak. Miera Liyana dah bagi tips-tips dah ciri-ciri lelaki yang dia mahukan di dalam kenyataannya di atas. Kalau anda rasa layak, silalah pergi isi borang. Hehehe ~~