Amboi. Macam boleh buat lirik lagu pulak tajuk entri ini. Hehehe. Miera Liyana yang baru berumur 19 tahun mengakui yang dia bersyukur tersedar daripada lamunan cinta bersama Shah Jaszle selepas mereka berdua putus hubungan. Kini Miera sedar cinta bukanlah segala-galanya.
Biasalah tue masa bercinta memang segalanya manis. Kalau remaja umur Miera Liyana nie, orang kata itu cinta monyet. Namun cinta monyet pun bagus jugak. Boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran di masa hadapan.
Masa bercinta dengan dia (Shahrizal Jaszle) saya rasakan dia adalah segala-galanya sehingga saya lupa tentang perkara lain namun kekecohan dalam perhubungan kami akhirnya memberi saya hikmah yang cukup besar. Saya mengakui sebagai seorang yang masih muda, saya tidak sepatutnya meletakkan soal hati dan perasaan cinta sebagai keutamaan kerana masih banyak perkara yang boleh saya lakukan selain terlalu memikirkan soal berkenaan.
Yang paling penting, Miera Liyana tidak ada menyimpan perasaan dendam terhadap Shah Jaszle. Kata Miera kepada wartawan Mstar Online:-
Saya harus berterima kasih kepada dia kerana berjaya buat saya sedar bahawa cinta bukan segala-galanya dan saya kini gembira dengan kehidupan sekarang. Saya tiada apa-apa perasaan dendam atau marah kepada Shahrizal kerana hubungan kami telah pun menjadi sejarah dan apa juga keputusan yang dia buat adalah untuk masa depannya. Saya doakan yang terbaik buat dia.
Kan bagus gini? Putus cinta tak bermakna kita kena membenci seseorang. In a way matang juga pemikiran Miera Liyana ini. 10 lagi gambar Miera Liyana yang terbaru dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada BuahMulut.

Azra
September 7, 2012 at 9:59 am
dulu aku tak suka miera liyana ni sbb seksi sgt tapi bila tgk lakonan dia, erm baru tau dia sgt hebat berlakon, ekspresi muka tu ada dan dia menghayati watak, tak la cam si lopa tu belakon ekspresi sedey ke gumbira ke sama jew..miera liyana berlakon better than si lopa, harap penerbit dan pengarah filem akan nampak bakat pelakon muda ini, sbb aku tak nak la buang masa tgk pelakon yg berlakon cam kayu neh…buat sakit ati je…
Miyyo Azman jadi Aaron Aziz dalam Iklan Raya Astro
September 7, 2012 at 9:51 am
gangnam itu budaya yahudi dan penuh freemason
tasha bergangnam style
September 6, 2012 at 11:14 pm
muka adik ni besar mcm pinggan.
Tak Mahu Seksi Sangat
September 6, 2012 at 10:55 pm
Aku pernah nampak Miera Liyana tengah shooting kat area Wangsa Walk.. Masa berlakon, elok jer baju dia pakai.. Pas jer director kate ‘cut’, dia terus buka baju, nampaklah singlet itam dia.. Time tue, aku cam nak sound gak.. Tapi member aku kata, toksahlah.. Memang pdiacamtue. huhuhu
boni kacak
September 6, 2012 at 8:33 pm
aik..sebelum ni bukan dorang pernah bercinta pastu terputus ke?