Pelakon Miera Leyana baru-baru ini ada berkongsikan foto penampilannya terbaru sejak berbadan dua menerusi ruangan Instagram untuk tatapan peminat.
Sudah memasuki lebih tujuh bulan, Miera kelihatan cantik mengenakan busana merah di sisi suaminya, Rosland Othman.
Masih belum mengumumkan jantina bayi yang bakal dilahirkan, ramai peminat nampaknya telah tampil memberi tekaan yang rata-ratanya mengatakan bahawa anak pertama pasangan ini nanti ialah seorang bayi perempuan.
View this post on Instagram
Manakalah di satu hantaran yang lain, Miera sempat bertanyakan peminat serta pengikut Instagramnya tentang sebarang idea nama untuk diberikan kepada permata hati sulungnya itu nanti.
View this post on Instagram
“Hmm Daddy and Mommy takda idea nak bagi nama apa kat ROML junior, korang ada idea tak?” tanya Miera di ruangan kapsyen foto tersebut.
Terdahulu, Miera Leyana telah selamat mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan iaitu Rosland Othman, 40, pada 26 Julai 2020 yang lalu.
Apa-apapun, semoga dipermudahkan urusan Miera Liyana nanti!