MIECC Jadi Lokasi Rasmi Buat iKON. Seriouslah? iKONIC Okay Tak Tu?

Hiburan

MIECC Jadi Lokasi Rasmi Buat iKON. Seriouslah? iKONIC Okay Tak Tu?

Korang tahu tak yang iKON akan datang ke Malaysia? Kumpulan idol K-pop ini bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 22 Julai ini. Wuish, bestnya!

Konsert yang bakal diadakan ini bersempena dengan 2023 iKON World Tour TAKE OFF, dan Malaysia dipilih sebagai salah satu destinasi mereka. Terbaiklah!

Advertisement

Konsert 2023 iKON World Tour TAKE OFF ini dibawa khas dari hasil kerjasama antara JoJo Event dan My Events International.

Untuk maklumat korang, ini bukan kali pertama iKON datang ke Malaysia, namun kalini mereka hadir sebagai artis di naungan syarikat baru iaitu 143 Entertainment. Jadi, persembahan yang bertenaga dan memukau bakal disajikan buat iKONICs.

MIECC Lokasi Rasmi Untuk ‘TAKE OFF’

Kebiasaanya, pilihan utama bagi lokasi konsert adalah di Axiata Arena Bukit Jalil atau Stadium Malawati Shah Alam. Namun, atas sebab tertentu lokasi bagi 2023 iKON World Tour TAKE OFF diadakan di MIECC. Pilihan lokasi ini juga dipilih oleh pihak pengurusan iKON agar mereka dapat memberi persembahan yang terbaik buat peminat mereka.

Kawasan ini mampu memuatkan 9000 penonton yang bakal hadir ke konsert iKON kalini. Pihak penganjur telah bertungkus-lumus menambah kemudahan dan instrafuktur dalam memastikan keselesaan serta keseronokkan buat peminat yang menghadiri konsert tersebut.

Bagi memberi pemandangan yang jelas serta merasai kehangatan konsert iKON, penganjur akan memasang tempat duduk bertingkat bagi pemegang tiket CAT 3 dan CAT 4.

Selain itu, kemudahan seperti surau, food truck, loker dan kawasan parking yang luas turut disediakan oleh penganjur. Jadi, korang tak perlu risau dengan lokasi sebab pihak penganjur telah bersiap sedia dalam pelbagai aspek.

Kejutan Buat Pemegang Soundcheck Tiket

Sedia maklum, segala butir berkaitan penjualan tiket dan kedudukan telah diberitahu oleh pihak penganjur. Namun, ada kejutan yang menarik oleh penganjur buat pemegang soundcheck tiket. Surprise apakah itu?

Dimaklumkan bahawa penganjur akan memberi makanan percuma iaitu bento buat pemegang soundcheck tiket. Bukan setakat dapat memasuki konsert awal dan official merchandise je, tapi makanan pun turut disediakan. Pergh, memang berbaloi betullah!

Penjualan Tiket Yang Mengalakkan

Korang tahu tak tiket konsert 2023 iKON World Tour TAKE OFF sudah mula dijual dan ada bahagian yang dah sold out. Fuish, dahsyat betul penangan iKON!

Tiket 2023 iKON World Tour TAKE OFF ini dibahagi kepada 6 bahagian iaitu Soundcheck (standing zone 1), Hi-Bye (standing zone 1), CAT 1 (standing zone), CAT 2 (standing zone), CAT 3 dan CAT 4. Bagi tiket Soundcheck, ia sudah habis dijual sejak awal penjualan tiket lagi. Bukan itu sahaja, tiket bagi bahagian lain juga turut mendapat sambutan yang hangat.

Disebabkan itu, pihak penganjur ingin memberi diskaun buat korang yang berminat mendapatkan tiket konsert iKON. Macam mana nak dapat diskaun? Senang je.

Korang kena menonton siaran 8TV dan kod promo akan dipaparkan semasa siaran. Diskaun tersebut boleh digunakan bagi pembelian tiket CAT 1 dan CAT 2 bermula pada 23 Jun hingga 7 Julai 2023 sahaja. Bagi korang yang berminat untuk dapatkan tiket konsert 2023 iKON World Tour TAKE OFF ini, boleh membuat pembelian di laman web ticket2u.

Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi dan info terkini berkaitan konsert 2023 iKON World Tour TAKE OFF, layari laman sosial rasmi JoJo Events Instagram, Facebook dan TikTok serta laman rasmi My Event International di Instagram dan Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...