Di Jepun, masyarakatnya tidak mendapat keseimbangan dalam kerja dan kehidupan seharian. Kita semua tahu masyarakat Jepun sangat rajin berkerja.
Mereka akan berkerja 60 jam seminggu dan ianya adalah budaya kerja lebih waktu diamalkan sejad berabad lagi. Kerana asyik berkerja menyebabkan mereka tertekan akibat tekanan di tempat kerja sehingga nekad membunuh diri.
Baca ini: Pekerja Jepun kerja 60 jam seminggu
Kini Microsoft Jepun mula mengubah polisi ini dengan memperkenalkan waktu kerja selama empat hari. Apa yang mengejutkan, langkah ini mendapat hasil yang memberangsangkan daripada para pekerja.
Microsoft Jepun berjaya meningkatkan produktiviti sebanyak 40%, dan ianya sesuatu yang tidak dijangka oleh mereka.
Ini semua bermula dengan kempen ‘Work-Life Choice Challenge’ yang mula diperkenalkan pada musim panas yang lalu.
Data yang dikeluarkan oleh Microsoft Jepun menunjukkan bahawa jualan bagi setiap pekerja meningkat hampir 40% berbanding tahun lalu. Selain itu, mereka juga mencatatkan penjimatan dari segi penggunaan elektrik sebanyak 23%.
Bagi Microsoft Jepun, pengenalan sistem ini juga telah memaksa pekerjanya untuk menyusun jadual dengan lebih sistematik serta memendekkan segala perbincangan yang tidak penting. Hasilnya, kerja yang mereka jalankan lebih teratur dan lebih produktif.
Microsoft Jepun memberitahu Guardian dalam satu kenyataan, langkah yang dilakukan mereka hanyalah kajian percubaan dan tidak jelas apakah perubahan ini akan dilaksanakan di tempat lain atau dalam jangka panjang.