Sedia maklum, sebelum ini kecoh di platform media sosial mengatakan pelakon, Nora Danish kini sedang mengenal hati budi seorang individu, selepas dia memuat naik satu foto memaparkan lelaki berkopiah di Instagram.
Kongsi foto bersama Nora Danish
Biarpun tidak mendedahkan siapakah individu tersebut, tetapi netizen berjaya ‘mencari’ lelaki berkenaan dan dia merupakan lelaki bernama Mickey Ayo.
Terbaru di Instagram Story Mickey, dia berkongsikan satu foto yang telah menarik perhatian ramai iaitu selfie bersama Nora.
Dapat dilihat dalam foto berkenaan, kedua-duanya kelihatan selesa bersama dan tidak dilihat kekok.
Netizen doa dipertemukan jodoh
Lagi mencuri perhatian warganet apabila lelaki terbabit menggunakan lagu romantik iaitu Surat Hati nyanyian Devano sebagai lagu latar foto yang dimuat naik.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar kedua-dua individu tersebut bertemu jodoh kelihatan serasi bersama.
View this post on Instagram