Perunding kewangan terkenal, Mickey Ayo, akhirnya membuka cerita tentang bagaimana bermulanya perkenalannya dengan pelakon popular Nora Danish, sekaligus menepis spekulasi netizen yang mendakwa hubungan mereka terjalin melalui media sosial.
Menurut Mickey, dakwaan bahawa mereka mula berbalas mesej di Instagram adalah tidak benar sama sekali.
Macam mana saya kenal Nora? Yang pasti bukan melalui Instagram. Kami memang tak pernah pun saling mengikuti di media sosial.
Saya gurau bila saya kata saya block Nora. Hakikatnya, tiada sesiapa block sesiapa. Itu cuma gurauan.
Mickey menjelaskan bahawa perkenalan mereka sebenarnya berlaku secara natural menerusi rakan-rakan ketika keluar makan bersama.
Kami berkenalan melalui kawan. Kami keluar makan beramai-ramai dengan kawan-kawan, daripada situlah kami mula saling mengenali.Dari situ perkenalannya. Apa-apa pun saya doakan yang baik-baik.
Menjawab pertanyaan netizen mengenai sikap Nora, Mickey berseloroh bahawa pelakon Polis Evo itu bukanlah jenis wanita yang mudah merajuk.
“Dia tak kuat merajuk. Dia ada hati yang keras, ‘heart of steel’,” gurau Mickey.
Di ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan penjelasan tersebut, malah ramai memberi restu serta mendoakan hubungan mereka terus berkembang ke arah positif.
Terdahulu, spekulasi mengenai status hati Nora kembali heboh selepas dia memuat naik foto seorang lelaki berkopia putih, sehingga mengundang teka-teki dalam kalangan peminat.
Lebih menguatkan lagi spekulasi apabila tular sebuah kad jemputan bertarikh 8 September 2025 dengan huruf M & N — namun Nora menafikan dakwaan bahawa mereka merancang untuk berkahwin.
Untuk rekod, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif pernah berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum bercerai pada 19 Jun 2024.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
