Michelle Yeoh Lahirkan Sokongan Terhadap Kepimpinan Najib Razak

Hiburan

Michelle Yeoh Lahirkan Sokongan Terhadap Kepimpinan Najib Razak

Kehangatan PRU13 semakin terasa bahangnya. Sabtu yang lalu, penamaan calon telah berlangsung dengan jayanya. Tambah menarik untuk pilihanraya kali ini menyaksikan beberapa selebriti melahirkan rasa sokongan mereka secara terbuka kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

michelle yeohSalah seorang daripada mereka ialah Datuk Seri Michelle Yeoh. Bercakap di majlis makan malam anjuran pertubuhan bukan kerajaan Cina di Westport, Michelle Yeoh berkata:-

Advertisement

Kita mempunyai pemimpin yang melakukan banyak kebaikan dan pasti banyak lagi menyusul. Saya berharap, beliau kekal sebagai Perdana Menteri dan saya meminta anda semua memberikan kepadanya mandat yang kuat. Kita memerlukan pemimpin yang mampu melakukan perubahan bijak untuk menaikkan nama negara.

michelle yeohSusulan kenyataan ini, Datuk Seri Michelle Yeoh telah dikecam hebat oleh pihak yang menyokong parti pembangkang. Bagi Abang Nara, kecaman sebegini sepatutnya tidak berlaku kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Sesiapa pun boleh menyatakan sokongan mereka tanpa perlu rasa takut. Apa kata anda?

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...