Michelle Yeoh Derma 100,000 Euro Untuk Mangsa Gempa Bumi Nepal

Hiburan

Michelle Yeoh Derma 100,000 Euro Untuk Mangsa Gempa Bumi Nepal

Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh telah pun menderma 100,000 Euro (kira-kira RM390,000) untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi Nepal. Seperti yang kita ketahui, gempa bumi 7.9 skala Richter di Nepal baru-baru ini telah meragut ribuan nyawa dan juga membawa kemusnahan yang amat hebat. Bantuan berbentuk kewangan sememangnya diperlukan untuk membina semula Nepal.

michelle yeoh

Advertisement

Ketika kejadian gempa bumi pada 25 April lalu, Michelle Yeoh bersama kekasihnya Jean Todt turut berada di Nepal. Sudah pasti pengalaman merasai sendiri bencana alam itu membuatkan Michelle Yeoh berasa lebih bertanggungjawab untuk membantu para mangsa.

michelle yeoh

Sama-samalah kita doakan agar proses pemulihan di Nepal dapat dijalankan dengan lancar. Semoga lebih banyak individu dan negara tampil memberi bantuan. Salute serta respek kepada Tan Sri Michelle Yeoh atas keprihatinannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...