Hanya berniat untuk berkongsi rezeki, pengarah drama terkenal Michael Ang telah membelanjakan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada 10 pengikut media sosialnya yang terpilih.
Terdahulu, Michael telah mengadakan sebuah pertandingan di mana dia akan memilih 10 peminat bertuah yang berjaya duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
View this post on Instagram
Ujar Michael, dia ingin menggalakkan orang ramai untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah bagi membantu mengurangkan penularan COVID-19 dalam masyarakat setempat.
“Saya buat cabaran ini pun sebelum total lockdown dilaksanakan pada 1 Jun lalu..saya dah pun pilih 10 pengikut Instagram secara random, siapa kena, dia dapatlah duit tu. Saya tahu ramai cakap RM500 untuk seorang tu banyak, kenapa tak beri RM200 seorang agar lebih ramai yand dapat duit tu. Tapi saya percaya RM500 itu cukup bagi enam sekeluarga contohnya untuk bertahan selama sebulan jika mereka berjimat cermat..”
Tambah pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa ini lagi, dia akan mengulangi apa yang dilakukannya jika dikurniakan rezeki lebih pada masa akan datang.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut memberitahu bahawa ada memperuntukkan sedikit dana buat rakan selebriti dan kru penggambaran yang turut terkesan dengan krisis COVID-19.
Sementara itu, Michael juga menzahirkan harapan agar Sekatan Pergerakan Penuh yang bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini disambung sehingga kes COVID-19 benar-benar terkawal.