Kontroversi salah faham adegan bercium antara Fattah Amin dan Janna Nick menyebabkan dua pelakon itu serta pengarah drama Coffee Prince versi Malaysia, Michael Ang, dikecam hebat oleh Netizen.
Ia sebenarnya bermula apabila satu rakaman penggambaran drama itu dirakamkan tanpa kebenaran oleh aktres Fara Mendoza dan dimuat naik ke fungsi Story di akaun Instagram miliknya. Kata Michael dalam komentar langsungnya:
Fara Mendoza tu dengan Natasha Elyzza memang takkan ku ambil lagi berlakon. Buat hal je. Buat malu company je.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Mungkin terkesan dengan kontroversi itu, Michael Ang menegaskan yang dia takkan mengambil Fara Mendoza dan Natasha Elyzza berlakon lagi atas kontroversi yang telah ditimbulkan.Apabila pengikut Michael menanyakan siapakah Fara Mendoza, Michael Ang berkata:
Kau tak kenal Fara Mendoza? Dia dah buat macam-macam untuk jadi terkenal di Malaysia ni, okay? Kan dulu dia terkenal sekejap dengan Fizz Fairuz?
Michael juga menyatakan bahawa individu yang membuat siaran video Bigo Live boleh menjana pendapatan melalui coins yang dihadiahkan oleh penonton.
Sejujurnya I dah lama ada Bigo (Live) tu, tapi I tak tahu yang buat Bigo tu boleh dapat duit. I baru tahu. Rupanya banyak artis Malaysia buat Bigo untuk dapatkan duit. Banyak juga aku dengar ada orang dapat lebih RM 20,000 sebulan, okay? Sebab dapat coins-coins tu ke apa. Patutlah si Natasha tu pergi buat Bigo tu. Rupanya dapat duit. Patutlah dalam video tu dia orang tanya, dah berapa, dah berapa, dah berapa.
Dia juga memberitahu masih belum berani mengambil Fathia Latiff berlakon drama arahannya:
Fathia berlakon? Tak berani lagi, dik, nak ambil. Tunggulah dia berubah betul-betul dulu, barulah I berani ambil.
Michael Ang diketahui sering membuat siaran langsung melalui fungsi Story di Instagram untuk memberi komentar mengenai penggambaran dramanya serta komentar mengenai apa yang sedang hangat diperkatakan dalam industri hiburan.
Rakaman komentar langsung tersebut boleh ditonton di bawah:
Sabtu lepas, Fara Mendoza telah membuat permohonan maaf kerana merakamkan dan menyebarkan rakaman adegan ‘berciuman’ itu di Instagram yang menyebabkan timbul salah faham.
Apa pun penulis respek dengan Michael Ang yang berani memberi komentar pedas mengenai artis-artis Malaysia. Memang pedas, tetapi ianya kebenaran. – beautifulnara.com