Michael Ang & Sharnaaz Ahmad Tempelak Pempengaruh Burukkan ‘Ex Wife’ Depan Anak – “Ada Jantan Meroyan, Konten Bodoh Tu…”

Hiburan

Michael Ang & Sharnaaz Ahmad Tempelak Pempengaruh Burukkan ‘Ex Wife’ Depan Anak – “Ada Jantan Meroyan, Konten Bodoh Tu…”

Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang menerusi Instagram telah memuat naik satu hantaran di mana dia memberikan pandangan tentang isu yang tular di media sosial berhubung pasangan suami isteri yang bercerai.

Tulisnya, sudah menjadi lumrah si isteri akan lebih beremosi sekiranya berlaku perceraian. Namun katanya, yang sebaliknya pula berlaku terhadap satu pasangan pempengaruh yang kini hangat dibicarakan di media sosial di mana si suami pula yang lebih ‘loud’ memburukkan bekas isteri.

Advertisement

Setahu saya, dekat Malaysia ni kalau pasangan bercerai selalu perempuan yang akan meroyan gila-gila. Lah dah ada pula jantan yang meroyan di media sosial. Memang dunia dan terbalik ni.

michael ang

Tambahnya lagi, netizen sememangnya suka dengan cerita dan konten sebegitu namun pastinya anak-anak dan ahli keluarga sudah semestinya terkesan dan berasa malu.

Untuk anak-anak, keluarga dan rakan rapat, saya percaya diorang akan rasa malu. Mungkin bukan hari ini tapi masa akan datang.. Jadi gunalah otak ye.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Hantaran itu mendapat pelbagai respon warganet dan rata-ratanya bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Michael terutamanya tentang perasaan keluarga terdekat dengan perbuatan pempengaruh terbabit.

Rakan artis, Sharnaaz Ahmad turut bersetuju dan memberi respon di ruangan komen dan berkata lelaki tidak seharusnya memburukkan bekas isteri di depan anak-anak.

Entahlah. Ramai bertepuk tangan bukan simpati pun kalau gini. Never ever burukkan ex wife depan anak. Never!!! Itu perbuatan budak sekolah.

sharnaaz ahmad

Jofliam tegur cik epal hormat diri ketika iddah
1 month ago

"Awak Cakap Dewi Tak Jaga Hati Awak.." - Jofliam 'Sound' Cik Epal, Suruh Jaga Maruah Dan Taat Dalam Tempoh Iddah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...