Michael Ang sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti yang tidak segan dalam memberikan pendapat mengenai sesuatu perkara. Siapa yang kena ‘terjah’ dengan komen lantangnya itu kadang-kadang boleh berdarah telinga!
Terbaru, pengarah drama popular ‘Sweet Dreams’ itu telah menyelar gaya pakaian yang dikenakan oleh peserta Dewi Remaja 2019 yang kini sedang ditayangkan saban minggu di Astro RIA.
Ingatkan peserta sahaja yang ‘makan’ kritikan Michael ini, malahan jurugaya dan jurugambar yang bertugas untuk program ini turut terkena tempiasnya!
Baginya, fesyen yang digayakan oleh peserta itu nampak caca marba dan tidak moden langsung.
Selain itu, dia mengutuk kemahiran jurugambar yang seperti tidak pandai mencari sudut gambar yang sesuai kerana sekumpulan orang turut termasuk sekali dalam sesi fotografi itu.
Para netizen yang menonton rancangan realiti itu turut menghencap gaya pakaian yang dipakai oleh peserta Dewi Remaja 2019 tersebut. Bagi mereka, nampak tak stylish langsung apabila mereka bergaya seperti itu.
Nampak gayanya macam nak ikut rancangan ‘America’s Next Top Model’ tapi lain pula jadinya!