Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang telah berkongsi pengalamannya ketika berdepan dengan kumpulan penunggang basikal di jalan raya.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instagram, Michael mendedahkan sebelum ini dia sering bertemu dengan penunggang basikal yang tidak bertanggungjawab.
Tiga kali kena block dengan mereka. Bila bagi lampu tinggi mereka tak nampak, jadi pembantu peribadi saya hon dengan perlahan tapi mereka boleh berhenti dan bagi jari tengah.
Mereka juga menjerit tapi saya tak dengar sebab dalam kereta.
Berkongsi lanjut, Michael berkata terdapat segelintir penunggang basikal yang sering berbasikal di tengah jalan raya sehingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pemandu.
Kali pertama dekat jalan raya, kebanyakan mereka menganyuh basikal di tengah-tengah jalan raya.
Mujur pembantu peribadi saya yang memandu, kalau saya yang pandu kereta itu mungkin mereka sudah dilanggar sebab saya tak pandai sangat memandu.
Walau bagaimanapun, pengarah itu yakin tidak semua penunggang basikal bersifat seperti itu dan mungkin ramai yang berkelakukan baik.
View this post on Instagram
Terdahulu, tular satu video di TikTok yang mencuri perhatian ramai yang menunjukkan insiden tegang antara sekumpulan penunggang basikal dan seorang pemandu bas di Jalan Bestari, Kuala Selangor.
Kelihatan kedua-dua pihak bergaduh mulut di bahu jalan dengan dakwaan bahawa pemandu bas bertindak agresif terhadap kumpulan penunggang tersebut.