Michael Ang Gesa Netizen Jangan Mudah Percaya Pada ‘Influencers’ & Salur Derma – “Lebih Baik Kita Tolong Orang Terdekat Dulu”

Hiburan

Michael Ang Gesa Netizen Jangan Mudah Percaya Pada ‘Influencers’ & Salur Derma – “Lebih Baik Kita Tolong Orang Terdekat Dulu”

Kecoh seluruh Malaysia tentang penahanan pasangan pempengaruh yang terkenal dengan konten Islamik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan sumbangan duit derma.

Penangkapan mereka menjadi topik bualan hangat masyarakat di media sosial apatah lagi sebelum ini, mereka menafikan penglibatan dalam isu terbabit.

Advertisement

 

Jangan terlalu percaya influencer

Pengarah terkenal, Michael Ang turut memberikan respon dan pendapatnya berkenaan isu seleweng dana sumbangan dan menerusi Instagram dia meluahkan rasa tidak puas hati.

michael ang

Michael menggesa netizen untuk tidak terlalu percaya kepada mana-mana figura atau  ‘influencer’ sehingga menyalurkan derma melalui saluran dipromosi oleh mereka sebagai orang ketiga.

Influencer pun scammer derma? Guys I rasa semua scammer ni kena dihentikan. And cara untuk hentikan ada satu je cara. Iaitu diri kita, kita tak boleh nak percaya pada derma-derma influencers, individual and especially yang menggunakan agama.

 

Lebih baik bantu orang terdekat dulu

Dalam pada itu, pengarah tersebut berkata jika seseorang mahu menambah pahala dan menghulurkan sumbangan lebih baik mereka mendahulukan ahli keluarga atau orang terdekat.

Lebih baik kita derma dan tolong orang terdekat dengan kita dan kaum keluarga. Basically, tolong keluarga dulu sebelum nak tolong orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Hantaran itu mendapat pelbagai respon daripada warganet yang mempunyai berbagai pendapat dan rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikatakan Michael.

Namun, sesetengah individu berpendapat tidak salah jika ada yang meminta derma untuk agama tetapi apa yang salah adalah tindakan mereka ‘scam’ orang ramai.

alif teega mohon doakan
6 months ago

Senyum & Tenang Di Mahkamah, Alif Teega Mohon Doakan Dirinya & Isteri - “Doakan Baik Baik Ya”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...