Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mia Sara Luah Rasa Terkilan Diminta Buka Tudung Sekiranya Mahu Berlakon

mia sara

Pelakon mana yang tak sedih apabila ada pihak yang meminta mereka membuang tudung sekiranya mahu menjayakan sesebuah projek itu. Jelas Mia Sara, disebabkan tawaran disertai syarat sedemikian, dia terpaksa menolaknya dengan cara baik.

Sudah pun berusia 16 tahun, remaja itu nyata terkejut kerana masih ramai yang sepertinya tidak mengetahui bahawa dia sudah 5 tahun bertudung.

Advertisement

“Memandangkan saya sudah lama dalam industri mungkin ramai yang tahu yang saya sudah bertudung jadi hormatilah pendirian saya.”

Tambah Mia, dia ada menerima tawaran berlakon baru-baru ini namun dengan syarat dia perlu membuka tudung. Malah dia tidak menyembunyikan rasa tersinggung dek soalan sebegitu.

“Ia seolah-olah minta orang tak pakai baju kalau nak diambil berlakon. Banyak situasi macam itu berlaku sejak saya mula bertudung lagi. Sebab itulah saya banyak tolak tawaran dan sebab itu tak revealing macam sebelum.”

mia sara

Bahkan remaja itu mengakui bahawa dia hlang keyakinan diri apabila sering diaju syarat sedemikian sekiranya memilih mahu terus aktif dalam dunia seni.

“Bila kurang berlakon, ramai yang ingat saya sudah berhenti berlakon dan fokus belajar. Kadang-kadang boleh hilang keyakinan saya apabila ada yang bertanyakan soalan sedemikian.”

Sepatutnya syarat sebegini tidak perlulah ditujukan kepada pelakon bertudung kan?

SUMBER : Gempak
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top