Written by Bella | January 28th, 2016

Bukan sahaja artis wanita dewasa yang kurang mendapat tawaran lakonan selepas berhijab tetapi pelakon kanak-kanak Mia Sara turut menerima nasib yang sama.

Mia akui semakin hari tawaran lakonan semakin berkurangan tetapi beliau sama sekali tidak gentar dan sudah bersiap sedia dengan apa yang bakal berlaku selepas membuat keputusan untuk bertudung apabila pulang daripada menunaikan umrah Disember tahun lalu.

Mia yakin Allah SWT pasti akan membuka pintu rezeki yang lain buat dirinya nanti.

Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti.

Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung.

Meskipun kurang tawaran berlakon, Mia tetap merasa syukur apabila perniagaan tudung dengan jenamanya sendiri iaitu MS Couture yang dijual secara online mendapat sambutan yang agak baik. Bukan itu sahaja, sejak beliau berhijab Mia kini tidak lagi dibuli ketika di sekolah mahupun dikritik oleh pengikut di Instagram.

Walaupun kurang tawaran, rezeki saya lebih kepada hasil jualan tudung menerusi label milik saya iaitu MS Couture secara online. Selain itu saya juga dapat memberi fokus penuh pada pelajaran.

Saya bersyukur, perubahan yang saya lakukan ini memberi banyak kebaikan pada diri saya. Kawan-kawan tidak mengganggu atau mengutuk saya lagi. Sebaliknya mereka memuji saya. Malah pada hari pertama saya ke sekolah memakai tudung, saya diserbu kawan-kawan pula.

Pengikut-pengikut di Instagram pun sama. Mereka tidak lagi mengkritik saya sembarangan. Alhamdulillah, saya ambil setiap perkara ini secara positif.

Bak kata Mia, satu pintu rezeki tertutup tetapi beberapa lagi pintu rezeki yang lain bakal terbuka buat beliau. Apa yang penting buatlah sesuatu dengan ikhlas dan pasti setiap perkara yang kita lakukan akan lebih berkat. Cuma kecewa juga dengan industri lakonan Malaysia yang mendiskriminasi mereka yang sudah berhijab.

Sumber Berita: mStar Online

70 responses to Mia Sara Akui Tawaran Berlakon Kurang Selepas Berhijab

  1. kakazi says:

    adik Mia

    Allah sayangkan adik
    sebab tu Allah lorongkan adik ke jalan yang dia redhai dan berkati…
    industry ni pun tak menjamin masa depan cerah
    better study dan fokus pada pelajaran
    dan jadilah insan yang berjasa pada ibu ayah, bangsa agama negara.
    semoga jadi anak yang solehah…

  2. aptb says:

    semoga awak sentiasa sukses dlm apa juga bidang yg awak ceburi mia..abaikan je makcik2 yg suke sangat kutuk2 org ni..insyaAllah kalau niat kte baik, Allah mudahkan jln kita..sepatutnya kita sokong budak2 ke arah kebaikan..ni x lagi nk kutuk ckp x comel la ape la..x fhm btul..huhuhu

    • Anonymous says:

      oi , bukan kutuk la tapi realistik

      puteri balqis pun biasa2 je .. tapi gigih berlakon dgn penuh perasaan … klu mia sara harap rupa je org nk offer dia cmne org nk bg bile rupa die pun biasa2.

      pegila prektis belakon.

  3. Anonymous says:

    diorg ni hati gelap. aku slalu terinin nk tgk wajah diorg sebnr mcm mne eh. ade ke cantik jelita sgt atau muka x brcahaya dgn hati hitam?? cara komen mcm dh tua. kalo x mcm mne kenal dgn artis2 zmn 80an. huhuhu

  4. huhu says:

    dia jwb x dpt tawaran tu..silap2 sebab wartawan yg dok sibuk tny dpt tawaran x lepas bertudung.. tak perlu la nak meletakkan beban kesalahan atas seorg kanak. Dia cuma memberi jawapan kpd persoalan.
    Alhamdulillah mia ade kesedaran nk bertudung walaupun belum akhil baligh. Zaman skrg yg penuh pancaroba maksiat..mmg kene persiapkan diri dari awal..zaman dulu besar2 ni x pakai tudung x rasa apa lg..tp skrg rase pelik bila tgk yg tak bertudung.. Belum dgn gejala sosial..seks cuba2 antara pelajar sekolah..sememangnya anak2 kita perlu dibentuk dan dipelihara sebaik2nya

  5. Anonymous says:

    boley ja mia belakon tp selected drama/movie.. imbangkan dgn ilmu.. walau apa pun yg kita buat ilmu paling penting.. tp akak x brapa setuju arr mia bertudung.. ni dialog mama akak & akak 18 tahun lepas…..

    akak : mama, kenapa tak bg i pakai tudung.. budak2 dlm class suma pakai tudung.. ustazah pun tanya..

    mama : syg, pakai tudung nih bukan benda main2.. once u pakai tak boley buka.. bila smp masa syg sendiri akan rasa nak pakai tudung.. so when the times come, u xkan pandang pon your short skirts, swimming costumes, sleevesless, singlets sbb u dah puas pakai..
    (bnyk lg but x sempat nak share)

    exactly bila akak smp umur baligh dgn sendirinya akak rasa nak bertudung, alhamdulillah.. as human mungkin ada kurang sana sini but alhamdulillah..

    ak x kisah korang nak cakap apa but bg aku conversation antara ak & mama jugak adalah satu contoh learning proses utk ak at that time dalam mengenal aurat & hukum

    LUU U MOM & AYAH..

  6. Anonymous says:

    XPE MIA..ATLEAST MIA NI STILL KE SEKOLAH..MCM BUDAK NORMAL.X MCM BALQIS X G SEKOLAH.HOME SCHOOL JE..

    • minah jambu terlajak habis says:

      jangan babitkn pelakon kanak2 yg lain ok !! Mia tk boleh jadi balkis n Balkis tk boleh jadi Mia ok rezeki masing2 tk sama ok ! dh bertudung mulot tu diam jangan nk komlen2 ape2 lagi ok !! n jangan sebut nama2 yg tk sewaktu dngan nye huh !!