Mia Azahar Gelar Pembantu Rumah ‘Kepam’ Bukan Sebab Hina Fizikal, Dakwa Tak Jaga Kebersihan – “Lap Peluh Dekat Muka Lepastu Pegang Anak Saya..”

Kehidupan

Mia Azahar Gelar Pembantu Rumah ‘Kepam’ Bukan Sebab Hina Fizikal, Dakwa Tak Jaga Kebersihan – “Lap Peluh Dekat Muka Lepastu Pegang Anak Saya..”

Sebelum ini, video memaparkan anak kepada pempengaruh terkenal iaitu Mia Azahar yang jatuh dihempap rangka katil ketika berada dalam jagaan pembantu rumah telah kecoh di media sosial dan menjadi bualan orang ramai. 

Di sebalik rasa simpati terhadap kanak-kanak itu, Mia turut menerima kecaman daripada orang ramai selepas dia menggunakan perkataan ‘kepam’ yang ditujukan kepada pembantu rumahnya.

Advertisement

pembantu rumah mia azahar

Pembantu rumah tak jaga kebersihan

Susulan itu, Mia tampil memuat naik satu video di akaun TikToknya untuk menjelaskan punca sebenar dia memilih untuk menggunakan perkataan tersebut.

Ada sebab kenapa saya panggil dia kepam. Bukannya sebab dia gemuk. Saya langsung tak ada sentuh pasal fizikal dia, jangan nak pusing cerita.

 

Saya memang perasan dia agak tak bersih. Dia berpeluh ketika kerja, dia lap peluh kemudian dia lap pula muka anak saya.

 

Ada satu video dia korek hidung, kesat dekat baju dan angkat anak saya.

Selain itu, dia turut mendakwa pembantu rumahnya itu tidak membersihkan peralatan dapur serta tidak mencuci kesan muntah pada pakaian anaknya.

Kesal pembantu rumah tak maklumkan anak jatuh terlentang

Dia turut meluahkan rasa kesal atas kegagalan pembantu rumah itu untuk memaklumkan kejadian yang menimpa anaknya.

Anak saya jatuh dalam jagaan dia tapi dia tak maklumkan langsung. Anak saya jatuh terlentang, kepala dia terhempap atas simen.

anak mia azahar

Bed frame pula terhempap atas dia. Anak saya baru setahun sembilan bulan, dia tak tahu apa-apa dia tak tahu bahaya. Lepas jatuh, dia tak maklumkan pada saya atau mentua saya.

Jelas Mia, dia menonton rakaman itu ketika dia masih berada di China atas urusan kerja.

Sekiranya dimaklumkan awal, dia boleh meminta bantuan untuk menghantar anaknya untuk pemeriksaan kesihatan.

Di penghujung video, Mia turut memohon maaf sekiranya dia ada menyakiti sesiapa dan sekali lagi menjelaskan tentang penggunaan perkataan ‘kepam’ terhadap pembantu rumahnya itu.

Saya minta maaf jika saya sakiti sesiapa secara sengaja atau tidak. Sekali lagi nak tekankan, saya memang tak hina fizikal bibik saya.

 

Sumpah saya tak ada cakap pasal fizikal dia, tak ada cakap dia gemuk. Korang yang buat andaian sendiri. Saya cakap kepam bukan sebab badan dia, tapi sebab kebersihan dia.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

1 month ago

Ada 3 Pembantu Rumah Jaga Anak, Intan Najuwa Minta Netizen Jangan Bandingkan - "Saya Doakan Semua Murah Rezeki"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...