Kerana keserasian mereka didalam drama Hati Perempuan, Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan pernah digosipkan bercinta sebelum ini.
Ditanya mengenai berita tersebut, Mia menerusi portal BH ONLINE berkata beliau tumpang gembira apabila Saharul bakal berkahwin. Pada masa yang sama, Mia juga lega kerana dengan pengumuman tersebut ia membuktikan bahwa beliau dan Saharul tidak pernah ada hubungan istimewa.
Saya gembira mendapat tahu dia akan berkahwin. Perempuan yang dipilihnya bukan saya. Saya tumpang gembira.
Saya tak terkejut. Itu adalah bukti gosip mengaitkan kami bercinta adalah tidak benar. Benar peminat memang suka kami bercinta seterusnya berkahwin. Tapi dalam hal hati, baik saya dan Saharul berhak membuat pilihan sendiri.
Kami tidak sabar untuk mengetahui siapakah wanita yang sudah berjaya mencuri hati Saharul Ridzwan..Harapnya segala persiapan perkahwinan beliau akan berjalan dengan lancar. Bak kata Mia, Saharul berhak membuat keputusan sendiri dan tidak perlu mengikut arus ataupun kehendak peminat kerana ia adalah kehidupan dan masa depan beliau.