Mia Ahmad Tolak Adegan Berpeluk Dengan Lelaki

Hiburan

Mia Ahmad Tolak Adegan Berpeluk Dengan Lelaki

Mia Ahmad yang kini popular menerusi drama bersiri adaptasi novel, Hati Perempuan menegaskan beliau tidak akan menerima mana-mana watak yang menuntut beliau untuk berpelukan dengan pelakon lelaki. Mia tidak mahu masyarakat mengkritik dan menuduh beliau tidak menjaga sensitiviti sebagai seorang wanita yang bertudung.

Advertisement

Saya akan meneliti skrip yang diterima khususnya jika terdapat adegan berpegangan tangan atau perlu melakukan babak mesra dengan pelakon lelaki.

Sekiranya pihak produksi bersungguh-sungguh inginkan saya terlibat dalam karya mereka, perbincangan akan dibuat bagi mengetahui teknik kamera yang dilakukan.

Jelas Mia, beliau mendapat kerjasama yang baik daripada pengarah drama tersebut juga pengarah lain yang menghormati pendirian beliau. Malah, ada diantara mereka memberikan buah fikiran untuk mengelak daripada melakukan adegan bersentuhan dengan lelaki melainkan ia berlapik.

Mengakui pernah merasa sedikit risau jika tawaran lakonan berkurangan selepas berhijab, beliau akhirnya menarik nafas lega dan bersyukur kerana semakin lebat pula tawaran yang diterima, terutama sekali untuk watak wanita muslimah serta wanita bertudung.

Sebagai seorang wanita yang bertudung adalah lebih baik untuk tidak melakonkan aski berpeluk didalam drama kerana ia mampu mengundang fitnah. Kami tahu mungkin ada yang tidak berkenan dengan lakonan Mia Ahmad yang tidak nampak “hidup” tapi berilah peluang untuk beliau mengasah bakatnya.

Sumber Berita: Mangga Online

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...