Mia Ahmad Tidak Rela Dimadukan

Hiburan

Mia Ahmad Tidak Rela Dimadukan

Kemelut rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan, pernah menjadi perhatian ramai apabila beliau berkongsi luahan hati dan kisahnya di Instagram ketika sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka sekitar hujung tahun lalu. Pelbagai spekulasi timbul termasuklah dakwaan suaminya itu berlaku curang.

Advertisement

Ditemui pihak media baru-baru ini, Mia memberitahu hubungannya bersama suami masih dalam fasa pemulihan.

Semuanya telah berlalu namun ia akan mengambil masa untuk sembuh daripada luka sebelum ini. Saya cuba sedaya–upaya untuk muhasabah diri apabila perkara ini berlaku walaupun saya tahu manusia boleh lukakan hati kita dalam sekelip mata.

Namun, apa yang boleh saya katakan ialah saya dan suami sedang memperbaiki hubungan kami ke arah yang lebih baik dan cuba memulihkan hati yang pernah terluka.

Mia akan terus berjuan mempertahakan rumah tangganya dan menegaskan tidak sanggup jika ditakdirkan terpaksa hidup bermadu biarpun tiada larangan daripada sudut agama.

Saya puji jika ada wanita yang berada dalam situasi sama seperti saya sudi bermadu kasih. Namun, pastinya jawapan saya adalah tidak kepada isu bermadu.

Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Saif Issa.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...