Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mia Ahmad Tidak Percaya Suami Isteri Bercerai Kerana Watak Yuhanis

Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan sepasang suami isteri telah bercerai kerana merasa marah apabila sering menyebut nama Yuhanis iaitu watak yang di lakonkan oleh Mia Ahmad dalam drama Hati Perempuan ketika tidur. Malah suami wanita tersebut mula berubah sikap dan kerap bergaduh dengan isterinya sejak menonton drama tersebut.

Advertisement

Sudah lama mengetahui mengenai gosip berkenaan, Mia bagaimanapun enggan mempercayainya seratus peratus kerana ia mungkin salah satu strategi untuk menarik perhatian pembaca.

Saya tak rasa berita kononnya pasangan suami isteri bercerai kerana Yuhanis adalah cerita betul.

Apabila saya membuka blog yang menyebarkan berita itu, ia tidak kelihatan benar, sebaliknya ia seperti sengaja direka dengan tujuan untuk meraih perhatian orang ramai.

Tidak mahu memberikan impak yang negatif kepada penonton menerusi lakonan beliau, Mia mengakui pasti beliau akan merasa sedih sekiranya benar ada pasangan suami isteri bercerai kerana watak Yuhanis.

Sekiranya betullah khabar itu, saya sangat sedih kerana tidak sangka watak Yuhanis memberi impak sehingga ke tahap itu.

Advertisement

Macam-macam yer sekarang ini, tetapi tidak dapat dinafikan kadang-kadang ada segelintir pasangan yang bercerai kerana sebab yang tidak munasabah. Namun, untuk kes ini mungkin juga ada pihak yang ingin menghangatkan lagi suasana dan mengambil kesempatan untuk kepentingan mereka sendiri.

Sumber Berita: mStar Online

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top