Tentu sekali warga Johor tidak dapat melupakan saat pasukan JDT menjuarai Piala Malaysia 2017 selepas menewaskan Kedah 2-0 Sabtu lalu. Turut teruja dengan kejayaan tersebut adalah pelakon Mia Ahmad yang merupakan isteri kepada penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan. Selepas tamat perlawanan, Mia terus memeluk dan memberikan ciuman di pipi suaminya.
Seperti biasa, ada sesetengah netizen yang kurang senang melihat aksi Mia mencium Izham apatah lagi dikhalayak ramai meskipun hubungan mereka sudah halal. Mia menerusi portal mStar Online bagaimanapun, tidak kisah dikecam dan menjelaskan tindakannya itu berlaku secara spontan kerana terlalu gembira dengan pencapaian Izham.
Sebenarnya ciuman itu berlaku automatik sebab saya terlalu gembira untuk dia dan pasukannya. Dia bekerja keras untuk perlawanan itu. Pada saya ia adalah perkara normal bila kita rasa gembira untuk suami. Saya tidak pasti video itu viral sebab ‘sweet’ atau ramai yang kecam. Tapi kalau ada yang nak kecam suruh mereka periksa hati mereka semula.
https://www.instagram.com/p/BbFNLA1nlhn/?taken-by=mia.ahm4d
Apa salahnya kalau Mia hendak mencium suaminya sendiri bukan? Lagipun, mesti Izham selepas ini lebih bersemangat untuk menjadi pemain bola sepak yang baik. Hehe..