Episod pergolakkan rumah tangga Mia Ahmad bersama penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi Roslan nampaknya semakin hangat. Sebelum ini, Izham dituduh berlaku curang dibelakang Mia tetapi beliau menafikan perkara itu dan mendakwa ia hanya satu fitnah yang direka sepasang kekasih yang sengaja ingin memusnahkan kebahagiaan mereka.
Terbaru, Mia menerusi Insta Stories sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik pula status sedih berkaitan pembohongan dan apakah erti sebuah kejujuran. Penuh maksud tersirat disebalik apa yang diperkatakan membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah status sebenar mereka suami isteri sekarang.