Adat pasangan yang baru berkahwin, pasti mereka ingin berkongsi setiap aktivti bersama. Begitulah juga pelakon Mia Ahmad yang sering memuat naik foto bersama suami tercinta, Mohd Izham Tarmizi Roslan yang merupakan penjaga gol JDT.
Walaupun niat beliau cuma ingin berkongsi kebahagiaan bersama suaminya, ada netizen yang mendakwa beliau sengaja mahu menunjuk-nunjuk kehidupan bahagia beliau itu.
Bukanlah niat saya untuk mempamerkan kebahagiaan, bagi saya berkongsi gambar dengan suami itu adalah normal. Selagi saya tiada niat menunjuk-nunjuk rasanya tiada masalah. Pada masa yang sama memang ada peminat yang menunggu (perkongsian gambar) tetapi tidaklah selalu saya kongsi gambar dengan suami di media sosial.
Kadang kala jika seseorang artis itu tidak berkongsi gambarnya dengan suami ada pula spekulasi yang mengatakan (rumah tangga) mereka bermasalah. Apabila berkongsi gambar dikatakan menunjuk-nunjuk pula, tentunya dalam keadaan ini saya tidak mungkin boleh puaskan hati semua pihak.
Mia dan Izham tidak pernah sedikit pun terasa dengan segala komen negatif. Bak kata Mia, tidak semua hati kita boleh jaga, tidak salah jika beliau ingin berkongsi kebahagiaan beliau bersama peminat di media sosial. Doakan agar rumah tangga mereka kekal bahagia sehingga ke jannah dan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.