Mia Ahmad Kongsi Perkembangan Positif Anak, Perbanyak Sedekah Niat Tolak Mudarat

Hiburan

Mia Ahmad Kongsi Perkembangan Positif Anak, Perbanyak Sedekah Niat Tolak Mudarat

Pelakon Mia Ahmad yang sebelum ini mengakui alpa dalam mengesan masalah lambat bercakap yang dialami anak sulungnya, Sayf Issa ada berkongsikan perkembangan positif permata hati sulungnya itu.

Mia Ahmad
3 years ago

Anak Alami 'Speech Delay', Mia Ahmad Akui Dedah Anak Pada Gajet Sejak Bayi

Advertisement

Menurut Mia, anaknya itu kembali positif daripada masalah ‘speech delay’ dan bersyukur pengalaman peribadi yang dialaminya itu dapat dijadikan iktibar agar dia lebih cakna dengan perkembangan anak-anaknya.

View this post on Instagram

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Mia juga memberi pesanan kepada ibu bapa di luar sana agar tidak terlalu selesa apabila perkembangan anak dilihat lebih lambat daripada orang lain kerana keberangkalian untuk anak mempunyai masalah lain adalah tinggi.

Jelasnya lagi, dia langsung tidak ambil maklum mengenai perkara itu sehinggalah dimaklumkan oleh guru di sekolah anaknya.

Alhamdullilah, perkembangan Sayf Issa semakin baik. Mohon semua doakan ya. Kita sebagai ibu bapa sering melakukan kesilapan. Lepas tu letak harapan tinggi dekat anak. Paksa anak untuk jdi macam mana yang kita nak. Pastikan anak dan capai semua perkembangan sepatutnya mengikut peringkat umur dia.

Tambah Mia lagi, selaain mendapatkan rawatan pakar, dia turut mengamalkan amalan sedekah dengan niat untuk tolak bala dan mudarat.

View this post on Instagram

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Sekadar info, Mia Ahmad telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Sayf Issa,3, dan Iris yang kini berusia satu tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...