Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mia Ahmad Impikan Lelaki Beriman Dan Boleh Membimbing Dirinya

Mia Ahmad antara aktres yang mula dapat tempat di hati peminat setelah muncul dalam drama bersiri Hati Perempuan bersama Syarul Ridzwan. Sering nampak mesra bersama baik didalam drama ataupun di luar set penggambaran, mereka selalu dikatakan sedang bercinta meskipun kedua-duanya menafikan perkara tersebut.

Advertisement

Namun buat Mia Ahmad, beliau  menyerahkan kepada ibunya untuk menentukan ciri teman lelaki pilihan.

Memang ada yang datang dan nak berkenalan rapat. Sebenarnya, saya tak kisah berkawan dengan sesiapa cuma saya tak suka kalau ada yang mahu jadi ‘matchmaker’. Tapi, kalau saya nak ada kekasih nanti, saya kena tunggu ibu saya ‘approve’ dulu. Kalau dia okay dengan pilihan saya, okaylah.

Tambah beliau lagi, apabila beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang hiburan Mia Ahmad sudah jangka bahawa kehidupan privasinya akan menjadi tumupuan umum. Dalam situasi sebegini beliau harus bijak dalam mengawal keadaan dan tidak cepat melatah apabila dhimpit dengan kontroversi.

Saya sedih apabila perkara seperti itu berlaku terhadap diri saya. Tak sangka sampai ada pihak yang sanggup memfitnah dan mahu menjatuhkan saya tetapi mujur keluarga banyak memberi sokongan untuk saya menempuh semua ini.

Berbicara semula mengenai ciri-ciri teman lelaki idamannya, Mia Ahmad mengimpikan seorang jejaka yang beriman sekaligus boleh membimbingnya kelak.

Advertisement

Kadang kala orang tua kita boleh melihat sesuatu yang mungkin tidak pernah kita sedar, dan tidak dapat dinafikan jika kita memperkenalkan seseorang istimewa kepada ibu bapa dan mereka sudah berkenan daripada pandangan pertama, maka individu itu sesuai sebenarnya untuk dijadikan pasangan hidup.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top