Bakal bernikah dengan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari ini, pelakon Mia Ahmad kini sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinannya itu. Mia sebenarnya tidak mengambil banyak tajaan dan ingin menggunakan wang hasil titik peluhnya buat majlis raja seharinya itu kerana ingin mengikut citarasanya sendiri.
Saya ada terima tajaan untuk baju dan pelamin serta beberapa perkara kecil sahaja, selebihnya saya pakai duit sendiri. Kalau boleh perkahwinan saya mengikut cita rasa saya dan saya sendiri lebih selesa dan puas jika menggunakan duit sendiri untuk majlis istimewa ini.
Pada masa yang sama, Mia turut meluahkan rasa risau dan debaran menantikan hari perkahwinan beliau yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi.
Saya sudah bercuti dari sebarang aktiviti seni dan sekarang sibuk dengan persiapan terakhir untuk majlis pernikahan minggu depan. Perasaan sudah tentu risau dan berdebar juga, nasib baik persiapan majlis saya dibantu oleh keluarga dan perunding perkahwinan.
Majlis akad nikah Mia dan Izham bakal berlangsung di Villa Sentosa, Taiping Perak,  pada pagi Jumaat.
Majlis persandingan pula akan diadakan di sebelah petang hari yang sama, bertemakan tradisional kontemporori dan ia akan disiarkan secara langsung menerusi live streaming di saluran Tonton.