Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mia Ahmad Bakal Adakan Sidang Media Khas : Umum Tarikh Nikah Dengan Izham Tarmizi

Pelakon Mia Ahmad memberitahu beliau bakal mengumumkan tarikh pernikahannya dan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan dalam satu sidang media khas yang bakal diadakan esok.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Mia akui mungkin majlis raja sehari mereka akan berlangsung sekitar bulan Januari depan.

Setakat ini, memang Januari akan menjadi saksi ikatan cinta kami.  Insya-Allah, esok saya akan melancarkan minyak wangi sendiri, Sweetness by Mia Ahmad.Lebih daripada itu, saya juga akan berkongsi berita baik dengan rakan media. Saya mahu kongsi semuanya serentak dengan rakan media yang menyokong saya selama ini.

Pada masa yang sama, Mia turut berkongsi beliau dan Izham sudah pun “terbang” ke New Zealand baru-baru ini untuk menjalani penggambaran foto pra perkahwinan mereka.

Saya pernah berkunjung ke New Zealand. Tetapi lokasi yang diatur syarikat fotografi belum pernah saya jejaki.  Semua ini tidak dirancang… Syarikat CST yang akan merakamkan gambar bertanya apakah saya berminat pergi ke New Zealand. Selepas saya bersetuju, Izham juga kebetulan dapat turut serta. Semuanya dipermudahkan… Alhamdulillah.

Wah, kalau dah jodoh InshaAllah segalanya akan dipermudahkan. Sama-sama kita nantikan setiap butiran pernikahan Mia Ahmad dan Izham Tarmizi Roslan esok.

Advertisement

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top