Sebelum ini memang ada timbul gosip mengatakan pelakon Mia Ahmad sedang menjalinkan hubungan dengan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan. Namun, Mia seakan berselindung mengenai perkara tersebut.
Terbaru, Mia akhirnya mengakui bahawa Izham adalah kekasih hatinya. Malah, Mia juga sudah bersedia untuk berkahwin dengan Izham.
Percintaan Mia dan Izham juga sudah mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.
Alhamdulillah kami sudah berkenalan selama setahun dan jujurnya saya selesa bersama Izham.
Insya-Allah jika ada jodoh kami akan berkahwin tetapi bukan dalam waktu terdekat memandangkan jadual Izham yang padat.
Kalau sudah selesa dan tahu hati budi masing-masing, teruskan sahaja niat untuk mendirikan rumah tangga. Benda baik, apa salahnya untuk dipercepatkan?