Sebelum ini pelbagai jenis hidangan di sesebuah warung, restoran atau gerai telah menjadi tular di media sosial. Antaranya kuih keria antarabangsa, pau cendawan Putrajaya, Teh Tarik Madu di Kelantan dan sebagainya.
Sejak semalam, satu hidangan yang boleh dibeli di sebuah gerai telah menjadi viral. Hidangan itu mengintegrasikan sotong bersaiz besar dalam hidangan, iaitu Mi Goreng Sotong Jumbo.
Mi Goreng Sotong Jumbo ini ialah salah satu hidangan yang boleh didapatkan di Warung Hijau, Durian Daun, Melaka. Harga hidangan ini ialah dari RM 20 hingga RM 25 sepinggan, bergantung kepada harga semasa untuk bahan mentah itu di pasaran.
Setakat ini, ramai yang telah menikmati makanan di warung itu merasakan makanan di situ sedap walaupun servis berkemungkinan agak lambat kerana bilangan peghunjung yang ramai.

Mereka yang berminat bolehlah ke Warung Hijau yang beralamat di Bt 19 3/4 Kg Durian Daun Masjid Tanah 78300 Melaka, Melaka. Berdasarkan review orang ramai, kesedapan makanan yang dihidangkan tidak mengecewakan.
Alamak, makin sesaklah trafik negeri Melaka dengan jumlah pelancong-pelancong luar yang datang untuk menikmati Mi Goreng Sotong Jumbo! Tetapi lihatlah dari sudut positif, pertambahan pelancong bermakna ekonomi negeri semakin mengukuh. Jadi bersyukurlah dan tahniah buat penduduk Melaka. -amazingnara.com