MEX Beri Diskaun 10 Peratus Sempena Tahun Baharu 2018

Trending

MEX Beri Diskaun 10 Peratus Sempena Tahun Baharu 2018

Berita baik bagi mereka yang akan keluar untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti panjang sempena tahun baharu 2018.

Advertisement

Maju Expressway Sdn Bhd (MESB) menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus bagi pengguna Lebuhraya Maju (MEX). Diskaun seperti ini adalah bukan kali pertama yang pernah dilaksanakan oleh pihak MESB.

Diskaun ini akan bermula pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 1 Januari dan diskaun tol ini adalah untuk semua jenis kelas kenderaan, lapor pihak MESB.

Pihak pengendali MEX menganggarkan lebih daripada 108,000 buah kenderaan yang akan menikmati diskaun menggunakan laluan tersebut.

Maklumat lanjut mengenai tawaran diskaun dan laporan trafik boleh diperoleh menerusi akaun MEXTraffic di laman Twitter dan Facebook atau dengan menghubungi MEX Hotline, 03-83159111.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...