Mewahnya Hari Jadi Ameera Khan, Dapat Cartier, Louis Vuitton, Dior – “Untung Jadi Adik Selebriti Terkenal”

Hiburan

Mewahnya Hari Jadi Ameera Khan, Dapat Cartier, Louis Vuitton, Dior – “Untung Jadi Adik Selebriti Terkenal”

Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-23 pada 8 Disember lalu.

Ameera yang dikenali sebagai Little Miss Khan di Instagram itu diraikan dalam sebuah majlis istimewa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Advertisement

Dia juga dilihat berkongsi momen-momen istimewa selain menunjukkan hadiah-hadiah yang diterimanya di hari istimewa tersebut.

Dalam perkongsian Instagram, Ameera memuat naik foto barangan seperti beg tangan, jambangan bunga serta pewangi jenama mewah.

Antaranya seperti Cartier, Hermes, Dior, Burberry dan banyak lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mendoakan agar kehidupan Ameera diberkati dan dipanjangkan umur.

Ada juga yang meluahkan rasa ‘cemburu’ dengan kemewahan yang diterima Ameera selain mengaitkan gadis itu dengan status pertalian darah dengan Neelofa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

meerqeen
5 months ago

"Muka Ni Bersepah Kat Pasar Selayang.." - Meerqeen Dan Nadhir Nasar Dilabel 'Muka Awam', Respon Selebriti Ini Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...