June 24th, 2015

Nama Dato’ AC Mizal tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan, memulakan kerjaya apabila menganggotai kumpulan nyanyian 4U2C pada era 90 an, kini AC Mizal bergelar pengacara dan telah menjayakan beberapa perniagaannya sendiri.

Melihat pada gaya hidup beliau yang cukup mewah, gelaran  jutawan pasti tidak terlepas daripadanya. Ada juga beberapa pihak bertanya dari mana beliau memperolehi sumber kewangan untuk membina perniagaan beliau termasuk sebuah stesen radio bervisual  terbaru iaitu Peaceyall FM.

AC Mizal sedar ramai yang mempertikaikan sumber dananya dalam bidang perniagaan. Walaubagaimanapun, beliau menafikan dirinya sudah bergelar jutawan bahkan pendapatan yang diperolehi itu dikatakan belum cukup untuk dijadikan modal membina perniagaan itu.

Selain sibuk dengan karier seni, saya juga pemegang saham kepada syarikat Malaysia Brand International (MBI) yang sudah beroperasi lebih 10 tahun. Sehingga kini, pelbagai perniagaan sudah dimiliki syarikat itu termasuk perhotelan, aplikasi laman sosial dan akan datang sebuah taman tema.

Daripada pendapatan di syarikat itulah sebenarnya saya mendapat dana untuk menceburi pula perniagaan lain termasuk yang terbaru, stesen radio bervisual Peaceyall FM.

Masih jauh dalam bidang perniagaan dan ada lagi beberapa impian yang mahu dilaksanakan dalam perniagaan, AC Mizal tidak mahu meletakkan dirinya di tahap jutawan buat masa ini

Dalam perkembangan lain, AC Mizal merasa teruja apabila Peaceyall FM akan membuka cawangan stesen berkenaan di Indonesia pula hanya selepas kurang daripada dua bulan dilacarkan di Malaysia. Peaceyall FM bakal dilancarkan di Indonesia selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Kami sebenarnya kagum dengan semangat Dato’ AC Mizal yang sering mencuba perkara baru dalam perniagaaan, beliau menggunakan peluang yang sebaiknya sebagai seorang selebriti untuk mempromosikan perniagaan beliau. Tidak ramai artis yang sanggup ambil risiko untuk menjalankan perniagaan.

Sumber Berita: Harian Metro

 

 

 


Comments are closed.

Loading...