Baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan anak kepada penyanyi tersohor Indonesia, Ahmad Dhani – Al Ghazali – nama Alyssa Daguise terus menjadi perhatian warganet apabila hadiah istimewa yang diberikannya kepada para bridesmaid tular di media sosial.
Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung dengan penuh elegan, namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah hadiah eksklusif yang diterima oleh pengiring pengantin sewaktu acara bridal brunch sebelum berlangsungnya akad nikah.
Menerusi satu video yang dimuat naik pengguna TikTok @unbranded_stroe, Alyssa tampil anggun dalam gaun kuning sambil mengagihkan kotak hadiah mewah kepada rakan-rakan rapatnya.
Kotak berwarna putih dihias riben coklat itu bukan sekadar kelihatan mewah, malah isinya dianggarkan bernilai lebih RM4,000 setiap satu.
Antara barangan premium yang terkandung dalam kotak berkenaan termasuk:
Alat pelurus rambut Dyson Airstrait (anggaran RM2,300), set penjagaan kulit SK-II, sepasang kasut tumit tinggi dipercayai dipakai Alyssa pada majlis, produk rawatan rambut Olaplex, minyak wangi eksklusif jenama Illio, alat solek Huda Beauty, tumbler jenama Corkcicle (sekitar RM270) dan penutup mata satin berwarna krim.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap kemurahan hati Alyssa yang begitu menghargai pengiring pengantinnya dengan hadiah bernilai tinggi.
Ramai juga memuji perhatian Alyssa terhadap setiap perincian menjelang hari bahagianya.
Sebagai info, Alyssa Daguise dan Al Ghazali sah bergelar suami isteri pada 16 Jun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.