“Metrofulus Ni Anda Punya..” Pak Nil Dilantik Jadi Profesor Di Universiti Malaya, Netizen Berseloroh Teringat Watak ‘Profesor Klon’.

Hiburan

“Metrofulus Ni Anda Punya..” Pak Nil Dilantik Jadi Profesor Di Universiti Malaya, Netizen Berseloroh Teringat Watak ‘Profesor Klon’.

Siapa sangka pengacara terkemuka Malaysia, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil ini dilantik menjadi Profesor Adjung di Fakulti dan Ekonomi, Universiti Malaya baru-baru ini.

Berita gembira tersebut dikongsikan di laman Instagram Pak Nil hari ini. Menurutnya, pelantikan itu telah pun dikuatkuasa sejak 9 Oktober yang lalu.

Advertisement

Dengan rasa penuh bangga, pengacara ini juga telah dipilih untuk berkolaborasi bersama Kementerian Pendidikan untuk dijadikan sebagai Mentor Pengucapan Awam untuk sebuah khusus pembangunan usahawan.

Dulu professor klon, sekarang dah jadi prof Adjung. Metrofulus ni anda punya!

Sejurus perkongsian itu dimuat naik, rata-rata mengucapkan kata tahniah kepada Pak Nil. Namun begitu, ada juga yang berseloroh mengaitkan gelaran profesor itu dengan watak yang pernah dimainkan oleh Pak Nil dalam filem Cicak-Man.

Untuk info, Aznil merupakan salah satu alumni dari institusi pengajian Universiti Malaya tersebut pada tahun 1984.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ridhuan tee
6 months ago

Ridhuan Tee Tegur Pengacara 'Perasan Bagus' Suka Buat Lawak Bodoh & Tak Ada Adab - "Paling Jelek Bila..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...