5 Menteri Kena Kuarantin, Mesyuarat Kabinet Terpaksa Dibatalkan

Trending

5 Menteri Kena Kuarantin, Mesyuarat Kabinet Terpaksa Dibatalkan

Pulang dari Sabah selepas berhempas pulas berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) pada sabtu lalu, lima mentrei Kabinet dikhabarkan kini sendang menjalani kuarantin mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Rentetan itu, mereka juga dipercayai menjejaskan mesyuarat Kabinet yang sepatutnya berlangsung semalam yakni setiap Rabu, namun terpaksa dibatalkan susulan kebanyakan pemimpin perlu menjalani tempoh kuarantin tersebut.

Advertisement

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Keselamatan) memaklumkan, beliau terus membuat ujian swab sebaik sahaj pulang dari Sabah dan perlu dikuarantinkan di rumah sehingga keputusan diperoleh.

Tidak ketinggalan, Datuk Seri Hisammudin mendedahkan beliau juga diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melakukan perkara yang sama seperti Ismail.

Pulang Berkempen Dari PRN Sabah, Mesyuarat Kabinet Terpaksa Dibatalkan Kerana 5 Menteri ini Kena Kuarantin

Oleh itu, menurut laporan Sinar harian, ini merupakan lima Menteri yang diarah menjalani tempoh kuarantin:

  1. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
  2. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
  3. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin
  4. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
  5. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Sama-sama kita doakan agar segalanya dipermudahkan dan terhindar daripada sebarang perkara yang tidak diingin berlaku.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...