“Mestilah Saya Cari Lelaki Yang Berduit” – Pengalaman Lama Buat Atikah Suhaime Berhati-Hati Memilih Lelaki

Hiburan

“Mestilah Saya Cari Lelaki Yang Berduit” – Pengalaman Lama Buat Atikah Suhaime Berhati-Hati Memilih Lelaki

Walaupun mengalami episod duka sebelum ini apabila impian untuk membina mahligai bahagia bersama tunang kesayangan tidak kesampaian, Atikah Suhaime tetap mengorak langkah ke hadapan.

Malahan wanita itu kini dikhabarkan sedang bercinta dengan ahli perniagaan berjaya iaitu Dauk Lokman Teh. Pasangan merpati dua sejoli ini juga sedang sibuk dalam perancangan untuk membawa hubungan tersebut ke fasa yang lebih serius tak lama lagi.

Advertisement

atikah suhaime bercinta dengan datuk lokman

Pun begitu, sebelum berkenalan dengan pasangan yang baik, nampaknya Atikah pernah bercinta dengan lelaki yang hanya menumpang kesenangannya.

atikah suhaime mahu lelaki berduit

Daripada luahan wanita itu di Twitter, difahamkan bahawa bekas kekasihnya dahulu pernah meminjam laptop MacBook miliknya namun memulangkannya dalam keadaan yang tidak baik.

Lebih mengejutkan apabila lelaki itu turut mengambil duit Atikah tetapi tidak memulangkannya langsung. Bahkan bekas teman wanita lelaki itu yang lain juga pernah melalui perkara yang sama.

atikah suhaime mahu lelaki berduit

Pernah merasai perkara yang buruk sedemikian, pelakon itu menasihatkan wanita di luar sana supaya terus kekal single daripada mempunyai teman lelaki yang tiada usaha untuk mencari duit sendiri.

atikah suhaime mahu lelaki berduit

Pengalaman nyata mengajar Atikah untuk membela dirinya sendiri. Disebabkan itu dia mengakui tuduhan bahawa dia mencari lelaki yang berduit adalah benar.

Baginya, sedih apabila mengenang semula dia membanting tulang seperti orang gila namun baki akaun bank kekal kosong hanya kerana mahu menampung bekas kekasihnya.

Lagi geram apabila bekas kekasih Atikah itu boleh mengatakan bahawa dia sepatutnya berasa terhutang budi dengan kebaikannya.

atikah suhaime

Tiada yang salah pun mengenai pesanan Atikah ini. Diharapkan wanita ini kini lebih bahagia dengan kehidupannya sekarang.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...