“Mestilah Kita Nak Menang Tapi…” – Bakal Debut Di Pentas AJL, Nadeera Tak Letak Harapan Tinggi

Hiburan

“Mestilah Kita Nak Menang Tapi…” – Bakal Debut Di Pentas AJL, Nadeera Tak Letak Harapan Tinggi

Bakal membuat debut di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Nadeera Zaini meluahkan rasa syukur apabila impiannya sejak kanak-kanak akan menjadi kenyataan.

Memetik dari Media Hiburan, Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini memaklumkan persediannya kini sudah mencecah 70 peratus.

Advertisement

nadeera

Saya masih rasa macam mimpi. Pentas AJL memang sudah saya idamkan sejak kecil lagi. Saya menonton AJL setiap tahun.

 

Alhamdulillah hari ni Allah bagi saya kesempatan untuk gapai mimpi tersebut. Saya juga akan bertanding dengan orang-orang yang hebat.

Disebut sebagai antara pencabar utama AJL39, Nadeera enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

nadeera

Besar harapan orang-orang tu. Apa pun saya tetap bergantung pada rezeki. Kalau ada rezeki, adalah. Dapat masuk ke pertandingan ni pun saya dah bersyukur sangat.

 

Ia juga merupakan satu langkah baru untuk saya. Jika menang, ia merupakan satu bonus. Siapa je taknak menang? Mestilah kita nak menang dan cuba untuk buat yang terbaik.

 

Tapi saya taknak letak sebarang harapan. Nanti saya juga yang akan sedih, apa pun saya harapkan doa daripada kalian semua.

Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) bakal berlangsung pada 16 Febuari ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Sebanyak 10 buah lagu bakal dipertandingkan untuk merebut gelaran AJL39.

nadeera sangkal dakwaan dia bersekedudukan dengan suami orang
2 weeks ago

“Saya Menafikan Sekeras-Kerasnya...” - Nadeera Sangkal Dakwaan Bersekedudukan Dengan Suami Orang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...