Akhirnya khabar angin mengenai adik kepada pelakon popular, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat mengahwini bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan sudah pun terjawab.
Pengakuan tersebut di buat sendiri oleh Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat, namun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkahwinan mereka dan hanya minta netizen mendoakan yang terbaik.
Setelah mengesahkan perkahwinan itu, ramai beranggapan Zainal Abidin merupakan seorang duda, tetapi ada yang mendakwa dia masih lagi suami orang.
Pendedahan tersebut dilakukan oleh seorang individu di laman TikTok dan sememangnya membuatkan netizen berasa terkejut serta pelik kerana ramai yang menerima perkahwinan tersebut tanpa mengecam Fyna sedangkan kes ini sama seperti Ira Kazar.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati keatas isteri pertama bekas jurulatih Liga Super itu dan meluahkan rasa kecewa kerana kini terlalu ramai wanita menganggu rumah tangga orang lain.
Sekadar info, Datuk Zainal Abidin Hassan merupakan bekas pemain bola sepak terkenal ketika era 80-an dan 90-an.