Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu berkongsi berita gembira apabila perniagaan minuman miliknya, BubbleBee diiktiraf sebagai Lifestyle Beverage Brand Of The Year.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memuat naik hantaran gambar dan video di laman Instagram miliknya yang memaparkan dirinya bersama rakan kongsi BubbleBee, Sheikh Paradon menerima sijil dan trofi anugerah antarabangsa itu.
Suami kepada arwah Siti Sarah itu dilihat menghadiri majlis berprestij Made For The World Excellence Awards 2021 untuk menerima anugerah tersebut.
Alhamdulillah syukur, Made For The World Excellce Awards 2021. Anugerah antarabangsa. BubbleBee dianugerahkan Lifestyle Beverage Brand of The Year. Tahniah pasukan BubbleBee!
Menerusi ruangan komen dalam hantaran tersebut, rata-rata peminat dan rakan artis yang melihat kejayaan dikongsikan oleh juara Raja Lawak musim ke-3 itu turut mengucapkan tahniah dan ada juga yang menyatakan jika arwah Siti Sarah masih ada, pasti penyanyi itu berbangga dengan pencapaian suaminya.
“Tahniah Ib, go brooo!!” tulis Alif Satar.
“Alhamdulillah, arwah Kak Sarah mesti bangga kalau dia tengok. Tahniah” tulis seorang peminat.
Terdahulu, Shuib menjadi usikan segelintir netizen yang mengatakan dia masih belum move on dari pemergian arwah isterinya. Pelawak itu beranggapan usikan itu tidak menjadi penghalang buatnya untuk terus berkongsi rasa rindu di laman Instagramnya.