“Mesti Ada Kajian Lebih Teliti & Mendalam..” – JKPK Kekal Pendirian PLKN 3.0 Tidak Diteruskan

Berita

“Mesti Ada Kajian Lebih Teliti & Mendalam..” – JKPK Kekal Pendirian PLKN 3.0 Tidak Diteruskan

Sedia maklum, pada akhir Oktober lalu, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 disahkan bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula pada Januari 2025, di mana sebanyak 1000 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah lepasan SPM sahaja.

Namun begitu, melalui laporan Berita Harian, Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia tidak bersetuju dengan pelaksanaan tersebut dan kekal dengan pendirian mereka supaya PLKN 3.0 tidak diteruskan.

Advertisement

plkn 3.0

Sebagai pengerusi, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata bahawa pihak JKPK sudah pun memberi penerangan mengenai konsep dan format baharu itu tetapi tidak memenuhi justifikasi yang sudah dinyatakan sebelum ini.

Bagaimanapun sekiranya kerajaan tetap ingin melaksanakannya juga, mesti ada kajian yang lebih teliti dan mendalam dilakukan supaya perkara sama tidak berulang kembali.

plkn 3.0

Kami sedia mengundang kehadiran Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada mesyuarat JKPK dan bentangkan mengenai kajian mereka untuk meneruskan PLKN itu.

PLKN
1 month ago

“Fokus Kita Tahun Hadapan Ialah Lepasan SPM..” - Timbalan Menteri Pertahanan Jelaskan Isu Had Umur Sertai PLKN

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...