Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima bukan sahaja memberi bekas kepada keluarga dan pemimpin politik tetapi juga rakyat.
Sejak semalam, ramai mebuat nukilan menceritakan jasa dan bakti Allahyarham terhadap negara semasa memegang jawatan tersebut.
Tular foto dirakamkan oleh Bernama yang memaparkan satu sosok yang berpakaian biasa hadir memberikan penghormatan terhadap jenazah beliau semalam.
Apa yang menarik perhatian adalah aksi individu terbabit menadah tangan membacakan doa dengan raut wajah yang sayu menampakkan keikhlasannya seolah-olah dia mengenali Allahyarham secara peribadi.
Foto tersebut tular di media sosial di mana ramai yang tersentuh dengan aksinya dan ramai percayai individu terbabit pasti ada kisahnya bersama Pak Lah.
Di saat yang berprotokol memalingkan wajah, seorang rakyat biasa berdiri, mengangkat tangan, lalu menghadiahkan doa yang paling ikhlas.
Seorang pengguna X berkata dia mengenali lelaki berkenaan dan katanya dia berasal dari Indonesia dan sudah bermastautin lama di negara ini.
Katanya, pakcik tersebut merupakan seorang penulis dan penterjemah buku-buku agama dan tutur katanya jelas melambangkan dia mempunyai ilmu agama yang tinggi.
Mesti ada cerita peribadi dia dengan Pak Lah.
Ustaz Mad Zain, hidup sederhana
Sementara itu, seorang pengguna Facebook pula sempat meninggalkan komen menceritakan tentang lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Ustaz Mad Zain dan dia dikatakan hidup dalam penuh kesederhanaan. Dia merupakan imam sambilan di surau serta turut mengajar fardu Ain dan al Quran.