Mesra Kanak-Kanak, Semua Boleh Hiking Di Hutan Simpan Kota Damansara

Travel

Mesra Kanak-Kanak, Semua Boleh Hiking Di Hutan Simpan Kota Damansara

Esok adalah hari terakhir buat anak-anak anda bersekolah. Pasti ramai ibu bapa sedang merancang membawa anak-anak mereka berjalan pada hujung minggu ini.

Jika anak-anak anda teringin merasai suasana dikelilingi hutan yang sangat berbeza dengan kehidupan seharian di kota, apa kata kali ini anda bawa mereka ke Taman Eko Rimba, Kota Damansara.

Advertisement

Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara merupakan tempat yang sesuai untuk keluarga meluangkan masa bersama meneroka alam semulajadi. Berpiknik dan makan-makan di sana juga menyeronokkan.

Hutan simpan Kota damansaraTaman Eko Rimba, Kota Damansara adalah sebuah hutan simpan yang terletak berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10, Kota Damansara.

Untuk anda yang pertama kali ingin membawa anak-anak hiking, Taman Eko Rimba, Kota Damansara adalah hutan mesra kanak-kanak.

pemandangan

Advertisement

Jenis-jenis Denai (trail) di Hutan Simpan Kota Damansara:

laluan

Twitter: cuti_makan

Ramai pengunjung lebih berminat untuk ke Denai Tiga Puteri. Jika anda inginkan perjalanan singkat, gunakan laluan denai yang pendek seperti Denai Petaling, Denai Scout, atau Denai Temuan yang boleh diakses melalui 2 pintu utama daripada seksyen 10 (depan sekolah SMK Kota Damansara, Seksyen 10) atau masuk melalui seksyen 9 (Taman Rimba Riang).

1. Denai Petaling
Denai Petaling adalah denai asal yang dibina untuk pendidikan alam sekitar dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Denai ini mengelilingi tasik dan sesuai untuk kanak-kanak. Perjalanan denai ini mengambil masa kira-kira 25 minit.

port memancing 2

Twitter: cuti_makan

2. Denai Pengakap (Scouts Trail)
Denai ini adalah denai yang mudah dan mengambil masa kira-kira 30-45 minit bergantung kepada kelajuan berjalan pengunjung. Ianya sesuai untuk pengunjung yang pertama kali ke hutan dan tidak mempunyai masa untuk berjalan jauh.

port memancing

Twitter: cuti_makan

3. Denai Temuan
Denai Temuan lebih jauh berbanding Denai pengakap iaitu kira-kira 4km dan 80 minit perjalanan mengikut kelajuan berjalan masing-masing. Terdapat bangku disediakan untuk pengunjung melepaskan lelah.

Sebelum hiking, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di kaunter. Ini bertujuan agar pihak pengurusan mengetahui jumlah pendaki yang datang setiap hari.

Untuk anda yang ingin melihat tasik, anda perlu menyusuri Denai Petaling yang dikelilingi tasik dan tali air.

Pelbagai kemudahan disediakan antaranya tempat wakaf, kawasan rehat, taman dan kawasan untuk berkelah di tepi tasik.

Selain itu, trek yang dibina juga sesuai untuk pengunjung-pengunjung yang gemar menaiki basikal (mountain bike) di hutan.

Advertisement

Pesanan buat anda yang membawa anak-anak, sila bawa air yang cukup sekiranya nak beriadah lama di sini.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...