Kemesraan Mawar Rashid bersama dua orang anak tirinya, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela disalah erti oleh sesetengah pihak yang menuduh Mawar hanya ingin sekadar menunjuk beliau boleh menjadi seorang ibu tiri yang baik.
Namun, Mawar menafikan tuduhan tidak berasas itu dan memberitahu beliau memang seorang yang sukakan kanak-kanak serta ikhlas menyayangi mereka seperti anak kandungnya sendiri.
Bagi yang mengenali saya, pasti tahu saya sukakan kanak-kanak dan sangat rapat dengan tujuh anak buah saya. Apabila menerima Raf sebagai suami, saya sentiasa berdoa diterima baik anaknya. Alhamdulillah doa saya dikabulkan. Saya menganggap mereka anak sendiri dan sangat gembira bersama mereka. Apa yang pasti saya ikhlas menyayangi mereka. Ia bukan dibuat-buat. Keikhlasan itu biarlah antara saya dan Allah saja tahu. Orang lain tiada hak menilai saya.
Mawar cukup teruja dan bahagia menjadi ibu sekarang dan mengakui anak-anak Raf kini lebih rapat dengannya berbanding dengan ayah mereka sendiri.