Mesra dan Selalu Membantu Mereka yang Memerlukan – Tindakan ACP Nik Ezanee Dipuji Ramai

COVID-19

Mesra dan Selalu Membantu Mereka yang Memerlukan – Tindakan ACP Nik Ezanee Dipuji Ramai

Dalam kemelut dunia dan negara menghadapi wabak COVID-19 ini, pastinya ramai individu dan keluarga yang terkesan dari segi punca pendapatan.

Apatah lagi, kes yang semakin naik ini tidak menunjukkan apa-apa trend penurunan. Namun, apa yag kita perlu harapkan adalah supaya rakyat terus mematuhi segala SOP yang ditetapkan.

Dalam kesibukan kerja harian, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal masih lagi meluangkan masa untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Advertisement

Moto beliau “Satu Kebaikan Setiap Hari”

Terbaru ACP Nik Ezanee mendapat perhatian netizen apabila beliau membantu seorang ibu yang mempunyai 2 anak lelaki apabila ibunya ditangkap setelah mencuri beberapa barangan harian rumah.

Anak-anaknya lapar, jadi sebagai seorang ibu, anda akan buat apa sahaja

Sejurus selepas mendapat tahu berita tersebut ACP Nik Ezanee bersama IPD Petaling Jaya dan JKM telah melawat kediaman ibu tersebut untuk menghulurkan bantuan.

Menerusi video yang dimuatnaik ini, ACP Nik Ezanee telah memastikan segala barangan keperluan ibu tersebut disediakan.

Jika ada apa-apa masalah, datang ke balai polis berdekatan. Itulah pesan ACP Nik Ezanee pada ibu tunggal tersebut

Susah dan Senang, Kita Tetap bersama

Dengan prinsip yang cukup murni, terutamanya sewaktu wabak COVID-19 yang makin menular di negara kita, pasti ramai yang mengalami kesusahan.

Namun, ingatlah, jika anda rasa anda susah, pasti ada golongan mereka yang lebih memerlukan.

Sikap pemurah ACP Nik Ezanee ini seharusnya dicontohi ramai. Sama-sama kita saling bantu-membantu mereka yang memerlukan dalam waktu kesusahan sebegini.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...