Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo mendapat teguran dan kritikan daripada orang ramai selepas sebuah video tular memaparkan mereka bermesra dan berpelukan.
Video yang tular di TikTok itu menunjukkan Riena dan Keith tidak melepaskan pelukan masing-masing sambil merakamkan aksi tersebut.
Aktor berusia 42 tahun itu juga turut membuat kejutan dengan memberi sejambak bunga kepada kekasih hatinya itu.
Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh akaun bisnes Inayah Beauty di mana mereka dipercayai mempunyai kontrak untuk kerjasama.
Meskipun hanya untuk ‘content’ namun aksi mereka berpelukan menimbulkan rasa kurang senang dan netizen memberikan pelbagai respon terhadap perbuatan itu.
Ramai netizen dilihat menasihati pasangan berkenaan untuk segera mendirikan rumah tangga kerana berpelukan itu adalah aksi yang tidak elok dipaparkan sekiranya mereka hanya pasangan kekasih.