July 4th, 2018

Pelakon Hairul Azreen ialah antara pelakon yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial. Hairul mempunyai 3.1 juta pengikut di Instagram dan 245,000 pengikut di Twitter. Bagaimanapun, jumlah pengikut yang sangat ramai tidak semestinya bermaksud seseorang itu popular atau mempunyai tarikan yang mampu diterjemahkan untuk menarik penonton bagi menyaksikan filem diĀ  pawagam.

Merujuk laman sesawang Perbadanan Kemajuan Perfileman Malaysia (FINAS), filem lakonan Hairul Azreen yang baru ditayangkan, Qhaliq, hanya mengutip sebanyak RM 14,196.50 setelah tayangan selama tujuh hari di pawagam-pawagam tempatan. Filem itu merupakan arahan Rosli Mohd Taib dan diterbitkan di bawah syarikat Aifa Motion Pictures Sdn Bhd mula ditayangkan ppada 14 Jun lepas.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sebelum ini, Netizen pernah mempersoalkan mengenai pemilihan Hairul Azreen sebagai pelakon utama beberapa filem menampilkan watak utama sebagai pegawai berpakaian seragam iaitu Qhaliq (Bomba) dan PASKAL (Tentera Laut Diraja Malaysia).

Ini kerana Hairul dikatakan masih belum membuktikan kemampuan untuk tampil meyakinkan walaupun dalam drama tempatan tetapi diberi peluang untuk memegang watak utama dalam filem-filem aksi. Ada yang berpendapat, Hairul dipilih kerana mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

Filem itu turut dipromosikan oleh Hairul di akaun media sosialnya dan media sosial isterinya, Hanis Zalikha.

Sebelum ini juga beberapa orang pelakon terkenal pernah mempersoalkan mengapa jumlah pengikut media sosial yang ramai dijadikan kriteria untuk memilih pelakon bagi membintangi drama atau filem tertentu, bukan bakat atau kemampuan seseorang dalam bidang lakonan.

Mungkin bagi mereka, kegagalan filem Qhaliq ini mencapai kutipan memberangsangkan ialah salah satu petunjuk bahawa pengikut media sosial yang ramai tidak menjamin kejayaan sesebuah drama atau filem. Apa pendapat anda? – beautifulnara.com


77 responses to “Meskipun Punya Tiga Juta Pengikut Di Instagram, Filem Hairul Azreen Hanya Kutip RM 14,196.50”

  1. Joyah Pok Pek says:

    Langsung tak tau filem di tayangkan di pawagam..Joyah tiap2 minggu g tgk movie tak nmpk pon poster atau list tayangan movie ni dlm apps TGV,GSC atau MBO..apakah??? tenggelam sebab movie Jurassic Park, Ant Man, Brother of the Year, Ocena’s 8 bagai kah…di manakah kamu movie x laku????

  2. Anonymous says:

    Poster berapi bagai,ceritanya kisah kemaruk celah kangkang cinta melalah,asyik bergaya mewah.minum sambil cinta meleleh…Sapa nak tengok,kalau tinggal otak kat luar panggung pun tak boleh nak hadam klu ceritanya SAMPAH!

  3. Akmal says:

    FILEM SAMPAH TAHAP TAIKK, KO KASI NENEK KO AJE YG TENGOK LAH BODOH!

  4. Anonymous says:

    Aku percaya fakenis baca komen2 dalam ni…kalau baca sedarlah…korang laki bini adalah pasangan paling poyo dlm malaysia…termasuklah fakesinah skali…poyo..nasib baik la si pilot tu angkat kaki…kalau tak jenuh la nk hadap perangai poyo isteri dgn mak mertua…

    • Fakesenah modelseyh says:

      Kalau x jenuh fakesinah gelenyar nikmatmanahendakkudustakan pau menantu pilot p london naik business class

Loading...